Tuesday, March 2, 2010

JAMINAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Terbukti
Kos Pendidikan Semakin Meningkat!

Bagaimana Anda Ibubapa Prihatin Menjamin
Projek Menara Gading
Anak Anda?

Ketahuilah Rahsianya!

Adakala Kepintaran Anak Layak Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti. Tapi Kewangan Anda Menjadi Batu Penghalang!
Anak Menjadi Mangsa Kegagalan Anda
Merancang Tabung Pendidikannya 18 Tahun Yang Lalu!
Jangan Biarkan Ini Terjadi Kepada Anak Anda! Jaminan Ditangan Anda!
Anda Menentukannya Hari Ini!

Lembaran ini ditujukan khas buat:
1.Anda yang punyai anak/anak-anak

2.Anda yang bakal menimang cahaya mata


3.Anda yang amat prihatin akan masa depan
si anak kecil




4.Anda yang ingin melihat anak-anak anda
berada dikemuncak jaya!







5.Anda yang mencari-cari sesuatu, tapi kadang-kadang anda tidak jelas apa yang anda cari.

Terfikirkah Anda?
"Sempat ke aku melihat kejayaan mereka?
kalau aku pergi dulu,bagaimana dengan makan pakai mereka,sekolah mereka, apatah lagi cerita nak masuk universiti,sapa akan tanggung segala perbelanjaan mereka?...aeih! susah hati! "
Atau...
Anda terlalu sibuk untuk melakukan semua itu?
Anda tiada masa untuk merenung serta berfikir sejenak tentang masa depan anak anda?

Cuba renung-renungkan keadaan hari ini...
Adakah anda ibu-bapa dizaman moden ini punyai tanah berbidang-bidang dan barangan kemas-emas tulen atau aset-aset bernilai sebagaimana ibu bapa dizaman itu? Yang boleh digolok-gadai diwaktu memerlukannya?
Adakah anda ibubapa dizaman ini cukup persediaan bagi kegunaan anak-anak bila mereka melanjutkan pelajaran ke universiti?
Adakah anda ibubapa dizaman ini punyai cukup wang bagi kegunaan anak-anak bila mereka melanjutkan pelajaran ke universiti?
Walaupun didalam keadaan
anda tiada atau tidak berupaya?
Adakah anda gerenti? anda boleh beri jaminan? anda jamin 50%, 80% atau 100%?
Adakah anda gerenti dan boleh jamin anda panjang umur sehingga tabungan pendidikan anak anda telah mencukupi? Apa jawapan anda?
Adakah anda gerenti dan jamin status kesihatan anda senantiasa dalam keadaan baik dan sihat walafiat yang membolehkan anda mencari nafkah dan menyediakan tabungan pendidikan yang cukup buat anak anda?

Anda Terganggu Dengan Persoalan Tersebut?
Banyak perkara yang menganggu fikiran anda sebagai ibubapa jika anda mula memikirkan perkara ini dengan serius.

Apa yang boleh berubah adalah anda!

Berubah cara anda berfikir,
Berubah cara anda merancang kehidupan dan
Berubah cara anda merancang kewangan keluarga anda
Berubah cara anda merancang kewangan-tabung pendidikan anak anda.
Jika anda tidak berubah, dunia tetap akan berubah.


Bersediakah anda?
Apakah
jaminan anda kepada anak anda dalam keadaan apa sekali pun tabungan pendidikan anak anda tetap mencukupi dan melayakkan anak anda ke pendidikan yang lebih tinggi.


Jadi apakah langkah anda sekarang?
Apa yang anda boleh lakukan adalah merancang hari ini untuk 15, 18, 20, 25 tahun akan datang. Ya! tindakannya hari ini, sekarang ini! Secara hukum karmanya 18 tahun hari ini adalah hasil daripada perancangan anda 18 tahun yang lalu! Huf! lama tu! Memang, mana ada 'one night story'?


Jika ingin berjaya ia adalah hasil usaha yang bertahun-tahun.
Begitu juga dengan usaha anda menyediakan

jaminan kewangan pendidikan
anak anda!
Ingat! Ianya bukan kerja mudah.
ETIQA TAKAFUL AKAN MEMBANTU ANDA
HUBUNGI SAYA: sima7_imanetiqa@yahoo.com
013-2303868/012-6194952



JAWATANKUASA SYARIAH ETIQA TAKAFUL



Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Chairman)



Assistant Professor Dr. Ismail bin Mohd @ Abu Hassan



Assistant Professor Dr Mohammad Deen bin Mohd Napiah

Anda adalah aset penting keluarga, jgn tinggalkan hutang bertimbun utk mereka. Takaful adalah jawapan anda.

PRODUK ETIQA TAKAFUL

PENGENALAN ETIQA TAKAFUL

TAKAFUL


Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'



Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah



CIRI - CIRI TAKAFUL


· Sistem Islam

· Sumbangan At-Tabarru'at

· Pelaburan halal

· Majlis Pengawasan Syariah

· Tiada unsur riba

· Tiada unsur maisir (Judi)

· Tiada unsur gharar (Tidak jelas)

· Al-mudharabah (Perkonsian untung)



SISTEM ISLAM


Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.


Ayat Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)



PELABURAN HALAL



Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah



Bentuk pelaburan;

* - Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
* - Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
* - Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
* - Harta bangunan.
* - Pembiayaan perumahan.
* - Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).



MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH



Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-



"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"


TIADA UNSUR RIBA



Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi.


Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional



Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.



TIADA UNSUR MAISIR



Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.


Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:



- Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.


- Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.


- Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.





TIADA UNSUR GHARAR (TIDAK JELAS)



Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :


"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".


Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

- Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan


- Tidak diketahui kadar bayarannya


- Tidak diketahui bila masanya



AL_MUDAHARABAH (PERKONGSIAN UNTUNG)



- Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.


- Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan


- Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh:
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat



KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL


- Menegakkan sistem muamalah Islam

- Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful

- Mendapat pulangan melalui perkongsian untung

- Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))

- Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))

- Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat


Untuk keterangan lanjut sila emel ke sima7_imanetiqa@yahoo.com